Jumaat dah cuti, so ade 3 hari cuti bersama si 'die'. tapi bagi masalah pada kami sebab tak tau apa aktiviti nak buat selain makan. mmg betul lah kami ni kalau nak ade aktiviti kena ade makan, kalau nak makan br ade aktiviti. tapi kali ni mmg masalah dr segi aktiviti makan. kena kurangkan makan sbb 'pembesaran' tubuh yang melampau. adeh. mmg seksa kalau tak dapat makan ni. tgk mcm2 sume nak makan.
jumaat, 25/12/09 - hari cuti untuk krismes eve. takde apa nak buat sgt sbb ari jumaat. aku nak prepare nak gi solat jumaat. kali ni lain lah skit sbb slalu gi solat ngan kawan2, makan tghari pun ngan kawan2. tapi kali ni aku gi sorang. tapi sebelum tu hafsha ajak aku makan kat white cofee kat bayan baru. konon2 brekfes lah tapi makan tghari. aku makan mee jawa (tak sedap pun sebenarnya tapi terasa nak makan gak) dengan air suam, hafsha makan telor separuh masak (konon nak power lah tu), roti dan air teh limau panas. pas makan aku pun hantar lah balik. syok nye die dapat smbg tido balik. aku plak trus gi ke masjid kat usm. kali ni kat masjid usm tu kurang orang. mungkin sbb ramai balik kampung kot. yelah, cuti 3 hari. bagi yg bekerja mesti rasa best sgt, yelah dapat cuti walaupun sehari. pas solat tu terjumpa ngan member motorola - sharul dan tunang die (aku lupa nama die apa). die ajak lepak kat restoran pelita. sembang2 ade gak 1 jam setengah. sharul tu nice org nye tp loyar buruk kuat sgt (sama ngan aku). keje motorola 4 tahun tp aku br kenal die pun lebih kurang 2 tahun kot. sebelah petang plak aktiviti makan jugak. makan kat pak husin tomyam. aku makan kuetiow goreng, hafsha plak makan kuetiow kungfu. lawak lah restoran tu. pekerja die asik tuka uniform je. konon2 nak jadi hotel 5 star wanna be. hehe. apa2 pun oklah, br ade kemajuan walau pun aku kurang suka makan kat situ sbb pelayan die kerek. abis makan kami pun pergi lah ke queensbay konon2 nak tgk wayang. sama ada citer avatar, alvin & chipmunk, apa hah yg lagi satu tu?..holmes?..ntah aku pun lupa...tapi hampeh...tiket sume sold out! nasib baik dah prepare mental n fizikal kalau tak kompom frust tak dapat tgk citer. huhuhu..so, jalan2 lah kat dlm queensbay tu. pastu balik...
sabtu, 26/12/09 - ari ni pun ade masalah bab makan. konon2 nak makan subway. diet lah konon. tp, last2 tukar pikiran. aku kalah gak. nak makan nasi! trus tuka hala tuju ke chicken rice shop dlm tesco. pergh! nikmat gila dapat makan nasi. rasa mcm dunia ni aku yg punya! makan nasi pun siap amik hafsha punya.. hahah...takpe2 skali makan nasi dlm seminggu..(yelah tu). lepas makan pun tak tau nak buat apa. gi citibank pastu balik. masing2 nk tido. mlm tu kami cuba gak nak gi tgk wayang. pun ramai gak..tapi dapat gak lah tiket tuk citer sherlock holmes. ok lah citer tu..mcm citer berat tapi tak berat pun sbb aku tak angkat pun, just tgk je. tu pun dapat row 2 dari depan. sakit leher aku. apa2 pun dapat gak ade buat aktiviti selain makan. hahaha. tu pun hampir2 nak bli makanan, boleh tgk wayang sambil makan.
ahad, 27/12/09 - ari ni aku ngan hafsha dah kena booking. kami pegi ke perlis tu jumpa weti, pak cik him dengan anak die a'ah (betul ke eje?) sambil2 jumpa sambil2 jalan2. lama dah kami tak berjalan. betolak punyalah awal. tapi sebelum tu gi amik cik tek kat seberang. so, gerak lah kami ke perlis dengan ati gumbira! mula2 gi cari tempat nama wang ulu. aku musykil lah, org perlis ni mata duitan ke?.. nama tempat banyak ngan nama wang. wang tepus, wang kelian, wang ulu, mcm2 wang lagi lah. hahaha... nama wang ulu tu aku tak penah dengar. punya lah susah nak cari. sib baik aku ni tere. jumpa gak walaupun tanpa disengaja. best gak kat perlis ni. aku pun jenis suka tempat2 yg tak sibuk. tak kisah lah takde shopping kompleks ke, takde hiburan ke apa ke...tu sume small matter. idup kena peace! hanya lawatan 1 ari ke perlis aku tau lah sedikit sebanyak jalan2 kat perlis. senang je tu..hehehe. mula2 kami pergi kat asrama tempat anak weti nginap. ntah apa nama nye pun aku tak tau tapi asrama tuk pelajar universiti malaysia perlis. pastu gi makan tengah ari kat bintong. makan nasi gak aku akhirnya. tp aku amik dlm kuantiti yg sikit lah. pastu amik ikan...wah!..amik ikan! jarang aku amik ikan. hehehe. oklah makanan die. mcm susah gak nak cari tempat makan tengahari. terpusing2 gak mula2. harga pun oklah...rm30 je. pastu lepas makan, perut dah kenyang...kami pergi ke padang besar. aku ingat kat shopping kompleks je ade year end sales (YES). rupa nye kat sini pun ade. barang2 tiruan pun ade YES. panas nye pergh, bukan main lagi. tapi kontrol macho gak. panas pun panas lah. ramai gak orang. mungkin sbb ari cuti kot. dah mcm pesta. sambil2 tu aku tgk2 gak barang2 kawen, kena servey2 harga. pastu masuk kat kompleks bebas cukai. aku beli gak tali pinggang. jenama Polo. hahaha..tu je yang murah. rm15 kot. seluar aku pun dah londeh.. hm..ade perubahan gak aku diet ni.hehe. pastu jumpa lah kasut timberland. 70% pergh....dari harga rm800 ade 70% plak..tapi...hm.....abaikan. dah abis tawaf sume tempat. kami pergi plak kat gua kelam or caves or darkness. puyoo..nama dah macam citer wayang plak. oklah tempat tu. aku pun br pertama kali pergi. tempat mandi manda. masuk gua. dah ade titi. so, sapa2 pun boleh masuk. silap tak bawak kamera. ramai gak org yg dtg. yang pelik nye, walau pun ramai org tapi tak serabot. sesudah aktiviti di gua kelam, aktiviti makan plak. kami makan kat kuala perlis. dulu member aku miki atau dikenali capang/tungau etc penah bawak sini. tapi die bawak kat restoran cina. kalau aku bawak weti ngan pakcik him makan situ mesti die tak slesa. maklum lan cina restoran. melayu sembelih punya!.so, kami makan lah kat deret2 kedai makanan laut. makan lauk je. tak makan nasi. sbb nak makan suka2 je. kami order kerang bakar, lala cabai, sotong goreng tepung and etc. harga suma rm39. sampai gatal idung aku. pastu masa tuk balik. mula2 antar cik tek pastu br antar hafsha. kat jambatan aku sangkut kat traffic jam. pergh lama gila. rupanye2 ade xcident. nampak lah aku motor terbaring. aku rasa couple sbb lelaki tu kena usung stas stetcher. masih isup lagi kot. tapi yang aku kesian kat satu tubuh terkujur. ditutupi ngan surat kabar. perempuan. sian, dah meninggal kat tempat kejadian. aku terbayangkan kuarga perempuan tu mesti salahkan lelaki tu. tapi nak buat mcm mana. dah ajal. so, lelaki2 yang ade motor tu.kalau bawak anak dara orang, bawak lah motor tu elok2. kalau 2-2 meninggal takpe lagi. tapi kalau perempuan yang bonceng kat belakang tu yang mati tapi bawak tu idup tak rasa besalah seumur idup? bukan nak salah pembawa moto. selama aku tgk org kat penang ni bawak moto mmg takotlah. mmg gila. suka ati je nak bawak mcm mana. janji sampai cepat. kalau tegor marah.
azmeyazeman
No comments:
Post a Comment