Aku terbaca satu artikel tentang mempunyai anak boleh mengubah kehidupan seseorang. Aku tak menafikan. Memang benar belaka. Boleh lah aku katakan aku ni obses jugak dengan anak (tapi kontrol juga). Maksud obses tu bukan lah kongkong anak, tapi obses dari segi keseronokan dan kegembiraan melakukan sesuatu dengan keluarga kita terutama anak. Pada mulanya, memang susah nak sesuaikan diri dengan kehidupan yang apa perkara sekalipun kena libatkan atau fikir kan tentang anak. Contoh, kalau dulu aku bantai je tido sesuka hati. sekarang ni, kena berjaga2. Lepas tu pulak, kalau terkejut sebab anak nangis ke apa ke tak boleh nak marah2 sbb secara automatik kita akan fikir yang anak tak tau apa-apa pun. jadinya, kena lah banyak bersabar. Di bawah ni ada beberapa perkara yang membuat kita berubah selepas mempunyai anak.
1) Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2) Bagi suami, akan merindui saat isteri bila dia sedang hamil selama 9 bulan. Walaupun terpaksa melayan karenah yang pelik-pelik tapi bila fikirkan semula, aku rasa bangga dengan diri aku untuk cuba beri semangat untuk dia.
3) Kita tidak perlukan jam lagi. Sebaliknya, bayi yang akan kejut kita. tak kiralah pukul berapa sekalipun. Kalau nak tido cukup 8 jam memang tak la. silap-silap, 3 jam pun susah.
4) Aku lebih menghormati orang tua (ibubapa) dan mengasihani mereka setelah menghadapi dugaan dan cabaran menjaga anak.
5) kalau anak sakit, ibubapa yang akan rasa lebih 'sakit'.
6) Aku lebih masa untuk tido. Sebab tu aku tido awal.
7) Perasaan aku akan lebih mudah tersentuh kalau berkaitan dengan anak (juga pada anak-nak orang lain juga)
8) Aku lebih suka anak aku bergaya. Aku selekeh pun takpela.
9) Aku tak jijik dengan najis anak aku sendiri sebaliknya bila sudah cuci najis rasa satu perasaan yang bangga pulak dalam diri aku
10) Aku lebih hargai diri aku sendiri. Kalau dulu aku sakit, aku tak akan pergi klinik. Sekarang nak tak nak kena jugak pergi klinik sebab tak nak anak aku jangkit ataupun aku tak boleh buat apa-apa dengan anak aku contohnya dukung anak.
11) Aku lebih rela luangkan masa untuk peluk dan cium anak aku walaupun terpaksa datang lambat untuk datang kerja.
12) Aku mula sedari bahawa aku ada satu kuasa yang hebat apabila dapat menenangkan anak aku bila dia menangis atau aku berjaya tidurkan dia tanpa bantuan isteri.
13) Aku selalu terbayang gigi die bila die senyum.
14) Aku dapat rasakan bahawa jaga anak bukan satu perkara yang menyusahkan.
15) Apabila ternampak ada ibubapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka
16) Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun sekejap (kadang-kadang tak mandi langsung sebab nak kejar tido punya pasal)
17) Kita akan dapati perkara-perkara yang penting akan jadi tidak penting selepas ada anak
18) KIta akan sedar bahawa tidak sukar sayang anak kita walaupun dia banyak jadi penghalang untuk kita melakukan aktiviti semasa takde anak
19) Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan.
Perkara yang penting adalah, aku berterima kasih kepada isteriku sebab memberiku anak yang 'indah' untuk menemani kehidupan kita. dan syukurku kepada Tuhan memberiku peluang untuk ku merasai menjadi seorang ayah. Dan aku sebagai anak juga berterima kasih kepada kedua ibubapa ku yang membesarkan ku. Setelah aku menjadi ayah baru aku tau bahawa tak ternilai pengorbanan mereka selama ini. Mungkin aku sesorang anak yang sukar untuk memberi ungkapan sayang kepada mereka, tetapi ketahuilah........Aku sayang kamu.......
Azmeyazeman
No comments:
Post a Comment