Tuesday, May 21, 2013

Ini lah kami!

.




azmeyazeman

Perkara penting yang membuat kita berubah selepas punyai anak

Aku terbaca satu artikel tentang mempunyai anak boleh mengubah kehidupan seseorang. Aku tak menafikan. Memang benar belaka. Boleh lah aku katakan aku ni obses jugak dengan anak (tapi kontrol juga). Maksud obses tu bukan lah kongkong anak, tapi obses dari segi keseronokan dan kegembiraan melakukan sesuatu dengan keluarga kita terutama anak. Pada mulanya, memang susah nak sesuaikan diri dengan kehidupan yang apa perkara sekalipun kena libatkan atau fikir kan tentang anak. Contoh, kalau dulu aku bantai je tido sesuka hati. sekarang ni, kena berjaga2. Lepas tu pulak, kalau terkejut sebab anak nangis ke apa ke tak boleh nak marah2 sbb secara automatik kita akan fikir yang anak tak tau apa-apa pun. jadinya, kena lah banyak bersabar. Di bawah ni ada beberapa perkara yang membuat kita berubah selepas mempunyai anak.

1) Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2) Bagi suami, akan merindui saat isteri bila dia sedang hamil selama 9 bulan. Walaupun terpaksa melayan karenah yang pelik-pelik tapi bila fikirkan semula, aku rasa bangga dengan diri aku untuk cuba beri semangat untuk dia.

3) Kita tidak perlukan jam lagi. Sebaliknya, bayi yang akan kejut kita. tak kiralah pukul berapa sekalipun. Kalau nak tido cukup 8 jam memang tak la. silap-silap, 3 jam pun susah.

4) Aku lebih menghormati orang tua (ibubapa) dan mengasihani mereka setelah menghadapi dugaan dan cabaran menjaga anak.

5) kalau anak sakit, ibubapa yang akan rasa lebih 'sakit'.

6) Aku lebih masa untuk tido. Sebab tu aku tido awal.

7) Perasaan aku akan lebih mudah tersentuh kalau berkaitan dengan anak (juga pada anak-nak orang lain juga)

8) Aku lebih suka anak aku bergaya. Aku selekeh pun takpela.

9) Aku tak jijik dengan najis anak aku sendiri sebaliknya bila sudah cuci najis rasa satu perasaan yang bangga pulak dalam diri aku

10) Aku lebih hargai diri aku sendiri. Kalau dulu aku sakit, aku tak akan pergi klinik. Sekarang nak tak nak kena jugak pergi klinik sebab tak nak anak aku jangkit ataupun aku tak boleh buat apa-apa dengan anak aku contohnya dukung anak.

11) Aku lebih rela luangkan masa untuk peluk dan cium anak aku walaupun terpaksa datang lambat untuk datang kerja.

12) Aku mula sedari bahawa aku ada satu kuasa yang hebat apabila dapat menenangkan anak aku bila dia menangis atau aku berjaya tidurkan dia tanpa bantuan isteri.

13) Aku selalu terbayang gigi die bila die senyum.

14) Aku dapat rasakan bahawa jaga anak bukan satu perkara yang menyusahkan.

15) Apabila ternampak ada ibubapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka

16) Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun sekejap (kadang-kadang tak mandi langsung sebab nak kejar tido punya pasal)

17) Kita akan dapati perkara-perkara yang penting akan jadi tidak penting selepas ada anak

18) KIta akan sedar bahawa tidak sukar sayang anak kita walaupun dia banyak jadi penghalang untuk kita melakukan aktiviti semasa takde anak

19) Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan.

Perkara yang penting adalah, aku berterima kasih kepada isteriku sebab memberiku anak yang 'indah' untuk menemani kehidupan kita. dan syukurku kepada Tuhan memberiku peluang untuk ku merasai menjadi seorang ayah. Dan aku sebagai anak juga berterima kasih kepada kedua ibubapa ku yang membesarkan ku. Setelah aku menjadi ayah baru aku tau bahawa tak ternilai pengorbanan mereka selama ini. Mungkin aku sesorang anak yang sukar untuk memberi ungkapan sayang kepada mereka, tetapi ketahuilah........Aku sayang kamu.......


Azmeyazeman

Monday, May 20, 2013

Introducinggggg......

Setelah sekian lama tak menaip... dengan rasminya saya memperkenalkan anak lelaki kami yang sememangnyeee handsome.... AZADHARIEZ BIN AZMERIZAL
dulu igtkan nak la jugak type entry masa kelahiran ariez..tp hampeh malas je manjang..memandangkan takde kije arini,meh nak cite pasal anak kesaayangan kami ni sikit secara ringkasnya

1) Ariez lahir 19/10/11 di Kota Bharu Medical Center pada jam 9.06pm dengan berat 3.45kg.normal labour tapi induce sbb xbole tggu due date sebab ariez besarrrr..so gynae afraid mama xleh deliver Ariez normal.The time papa azankan Ariez papa ckp dia terkejut Ariez follow the rhythm papa azan.dan Ariez x menangis ms keluar menyebabkan kami sgt risau.Ariez trus "talking" to mama ms nurse bagi untuk breastfeed.precious sgt.Nurse terkejut Ariez bersembang dgn mama and she said mest mama suka sembang ngn baby ms dlm perut..YES..true!

2) Ariez punya development boleh dikatakan agak cepat.Pusat tanggal pon dlm 3,4 days mama lupe.Dalam pantang lagi ariez dh turn badan dia.tapi x pandai angkat kepala.Nenek terkejut,baby sepatutnya x boleh turn lagi.Every morning Tokayah dan nenek selalu bawa Ariez solat sesama ngn ngaji..while mama kat bwhh qada' tido sebb mlm2 mama xleh tdo.Ariez bertukar siang dan malam..hehe

3) Kehadiran Ariez membuahkan rezeki yang bertimpa2.Kami beli rumah kat Kulai sama dgn umur Ariez.Bulan 10 dpt kelulusan dan January kami di rumah baru bersama Ariez.

4) Mama berulang alik dgn Ariez every day pegi kije yang jauhnye 80km dari umah.Ariez sgt behave.Seigt mama 2x je mama berenti kat petrol station n RnR sbb Ariez meragam.The rest Ariez behave je zikir2 ngn mama dalm kereta dan nyanyi2 jugak.And ada jugak time mood x elok..Ariez melalak..tp mama dh expert know how to handle u.Ariez ditinggalkan umah babysitter di Parit Jawa.Umah nenek Yah.

5) 6mths-Ariez started mumbling mama mama papa papa at 6mths!dan dia x pernah tertukar pon which one is mama and which one is papa.Mama sgt kagum dengan kecerdikan Ariez ni..(biasalah mak mesti over kan..).At 6mths jugak ariez start merangkak dan 4batang gigi depan sudah keluar!Mama juga terpaksa tinggalkan Ariez selama 2 minggu sbb attend Induksi di Melaka.Nektie n Toknik diimport trus dari Kelantan untuk jaga Ariez di Seremban umah mama Uena.Mama x dpt kawal feeling berjauhan ngn Ariez spikan mama tgk mana2 budak je mama mesti nangis.Tapi mama tegar pam susu untuk bekalan Ariez sepjg mama tiada ngn Ariez.

6) 7mths- ada tragedy yg mama betul2 xnk igt.Ariez kena air panas.Warded for 1 week.Mama dh mcm nak histeria.Full stop mama xnk cerita n igt.The scars still with him..*cry*.Development Ariez at 7mths dh mula memanjat2..

7) 10mths-Ariez dah mula berjalan!yeay!x larat nak kejar la kami.

8) 19/10/12 - Ariez 1yr.Tapi xde celebration.Kenapa eh?budget tight kot.hehe..tapi celebrate gak light2 kat KL ngn auntie,tokyah nenek.Kami pegi Genting celebrating him.Ariez dh pandai cakap sepatah2..dog,cat,bird...etc etc..

9) 14mths-Ariez kehilangan nenek babysitter kesayangan,Nenek Yah.nenek Yah kembali ke rahmatullah kerana high blood pressure.Pembuluh darah pecah di kepala.x sempat jupe sbb nenek dah koma.masa tu Ariez cuti xg umah nenek.Lastday Ariez jupe nenek g byr duit kat nenek..nenek hug2 kiss2 Ariez dan bg kuih kat Ariez.

10) 15mths-Ariez dh start g scool slps nenek meninggal.Nursery dalam UTHM.mujur diterima.lega skit mama.ariez suka pegi school,ramai kawan,ada playground.Ariez demam on off sebulan lebih slps masuk taska.Mama papa risau je.ulang alik g klinik.paed terakhir yg kami jumpa baru tau punca Ariez demam.Gigi geraham Ariez(4batang) dan gigi taring(4batang) keluar serentak!owhhh..itu puncanaya..kami lega.Lps semua gigi keluar Ariez mmg dh x demam pon.flu+cough tu biasa la..

11) 16mths-Mama dh start campur susu Ariez.Ariez minum fm kat school.Kat rumah dgn mama masih lagi bf.

12) 19mths- Now....Ariez sgt bijak.Tp hero kt school.suka gigit org kalau org kacau brg dia main.Pandai nyanyi..addict to cartoons n video clips..Ari2 ngadap BBTv..Fav cartoon Spongebob and the latest PinPin(Upin Ipin).Ariez panadai nyanyi Twinkle2,Are u Sleeping,Little Indians dan macam2 lagi...with his own language..hehehe..tp ada la few words yg clear..Byk cakap..teacher ckp Ariez bijak dan cepat tangkap kalau ajar.Tapi kalau dia malas xyh suruhla dia xnk buat apa2 pon..hehe..

13) kesimpulannya hari-hari kami terhibur dengan gelagat Ariez jela.manja dgn papa.tp takut kalo papa marah.mama marah dia x heran pon.

ok habis la serba sedikit pasal budak notty cheeky nih..

Friday, May 17, 2013

Oh 'Surat Pemberian Taraf Pencen' ku!!

Minggu ni dalam kepala otak aku hanya pikir tentang surat. Surat yang boleh bagi aku bernafas sedikit. Surat tu lah yang akan buat aku boleh plan macam-macam tuk keluarga aku. Adui. Surat apa tu? Surat tu namanya 'SURAT PEMBERIAN TARAF PENCEN'. Aku rasa orang kerajaan tau lah apamendemenatang tu. Penting tu beb. Sepatutnya, aku dapat surat tu pada minggu ni. tapi apalah malang nye, aku punya nama tercicir. arghhhh,...bengang..bengang... Bila ajukan soalan pada pentadbiran, macam nak tak nak je melayan. Aku pun tak paham cara diorang keje. Kita ni kalau boleh buat sendiri dah lama aku buat dah. Dah tentu itu tanggungjawab kerja masing-masing. Bila aku call bahagian Suruhanjaya perkhidmatan pengajian pulak tak berangkat. Tak kerja ke? Aku hanya nak tau progress surat aku tu. tak nak lah jadi tiba-tiba tiada tindakan. Tolonglah kesian pada pekerja kerajaan seperti aku ni. lebih mengeramkan lagi, junior aku pulak boleh dapat surat tu. lagi lah aku geram. Hari ini hari jumaat, so, kenalah tunggu minggu depan untuk update progress surat aku. Perihal rumah baru dah booking. Tapi aku tak sempat nak isi-isi borang. Banyak gak kene buat kerja. Harap minggu depan dapat lah aku selesaikan secepat mungkin. Tapi, Kalau lah dapat surat tu kompom aku bersemangat nak isi borang-borang pembelian rumah. kata orang, ada duit baru lah best nak buat macam-macam kan? Adui!!!..mana surat aku! Surat tu juga lah merupakan harapan aku untuk bayar semua hutang piutang aku.Tak lah banyak tapi hidup kalau tak berhutang pada zaman sekarang ni memang tak sah. Pastu aku memang teringin nak gi bercuti bersama keluarga. Harapan aku nak gi bercuti ke luar negara. setelah sekian lama memasang angan bercuti hanya surat tu je lah yang mampu merealisasikan impian kami sekeluarga. Aduii!!..MANA SURAT AKU! Oh, korang tanya aku nak pergi bercuti mana??.hahaha..tunggu jawapan di hari lain. tengah survey-survey lagi ni. Harap minggu depan aku call dan jawab lah orang tu. Dan harap jawapan yang menggembirakan aku. Jadi, kita tunggu jelah Minggu hadapan. Menanti dan berharap lah aku lagi. Azmey Azeman

Tuesday, May 7, 2013

Kembali semula

Assalamualaikum dan hello! Alhamdulillah, akhirnya dapat buka semula blog ni. Punyalah susah nak recover balik. Lama aku tak update blog ni. Insyaallah, lepas ni adalah masa tuk update cerita kami sekeluarga. Aku pun dah 3 tahun kerja di Politeknik Ibrahim Sultan. Isteri aku pun dah suka bekerja di UTHM. dan anak aku pun dah 1 tahun 5 bulan. dah mcm2 benda berlaku dalam tempoh aku tak update blog. Perihal aku, ada yang best dan ada yg kurang best. dipendekkan cerita aku telah pun ditukarkan ke Unit Instruksional dan Multimedia sebagai Pegawai Multimedia dan Sumber. Kalau baca nama jawatan tu mesti kata gempak. tapi hakikat sebenar adalah sebaliknya. Aku ni bukan lah ada berlatarbelakang bidang atau pelajaran grafik mahupun multimedia. Tapi apakan daya, ayat 'SAYA MENURUT PERINTAH' terlampau kuat dalam bidang kerajaan ni. Nak tak nak harus lah akur. Cuma yang bagus nya kerja di Unit ni, staffnya adalah sikit dan aku cuba untuk belajar benda baru. Dan yang paling ketara, terpaksa bercampur dengan semua staff tak kira dari jabatan mana atau unit mana dan akhirnya sedikit sebanyak ramai lah yang kenal aku. Sebelum ni aku hanya duduk di jabatan rekabentuk dan komunikasi visual sebagai pensyarah je (padahal kerja sebagai Pegawai perkhidmatan pengajian tinggi)dan hanya bergaul dengan dalam bangunan tu je. Cuma apa yang perlu aku set dalam minda aku adalah cuba untuk mengetahui lebih banyak tentang skop tugas aku di Unit aku. Kalau nak cerita bagaimana aku boleh kena tukar ke Unit baru ni memang panjang lah jawabnya. Mula-mula memang terasa bengang dan marah la sebab boleh lah aku katakan aku ni dianiaya. tapi, entah kenapa sifat positif sekarang ni lebih banyak dalam diri aku sejak berkahwin ni. aku jadi banyak bersabar dan berserah je pada yang Esa. Dalam menghadapi peristiwa yang malang tu, aku cuba juga melunaskan tanggungjawab dan amanah dalam bidang pendidikan ni kepada pelajar-pelajar aku yang menduduki semester akhir. Alhamdulillah, berkat kesungguhan aku dan keikhlasan aku mengajar akhirnya dapat juga pelajar aku seramai 16 orang menamatkan pembelajaran dan projek perabot mereka dengan jayanya dan bermaruah. Kalau diikutkan aku tak perlu hendak bersusah payah mengajar mereka lagi tapi atas sebab rayuan pelajar aku untuk terus memantau kerja mereka akhirnya aku mengalah (baru aku tau beratnya memikul amanah mendidik manusia). Harapan aku kepada pelajar-pelajar 'produk keluaran' aku hanyalah menggunakan ilmu yang telah diberikan sebaik mungkin sama ada secara tersurat atau tersirat. Mengajar bukan sekadar menyampaikan ilmu mengikut silibus tetapi penting juga menerapkan nilai-nilai murni dalam akhlak yang akhirnya memberi pelajar itu mempunyai etika dan nilai murni sesama manusia selagi kita hidup di muka bumi. Dan harap mereka akan mengingati aku walaupun aku tiada lagi dimuka bumi. Perihal Isteriku, dia semakin rancak dengan kerjayanya die UTHM. Rasanya dia semakin suka dengan kerjanya. Alhamdulillah, mungkin die pun sama pendapat dengan ku bahawa mengajar adalah pekerjaan yang memberi kepuasan apabila melihat mereka dapat meneruskan hidup dengan ilmu yang kita berikan walaupun hanya sedikit. Perihal anakku, Alhamdulillah juga sebab semakin hari semakin bijak. Walaupun berlaku bermacam-macam kejadian yang menimpa anak aku tetapi dia seolah-olah telah bersedia untuk menerima pelbagai cabaran hidup. Aku pula lebih sanggup berulang alik dari rumah di parit raja, Batu pahat ke Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang semata-mata untuk sama-sama merasai dan melihat pembesaran anak aku depan mata aku sendiri. Bagi aku perjalanan sejauh 320km sehari tidak mematahkan semangatku untuk mencari rezeki dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah. Mungkin juga keterpaksaan hidup dengan cara begitu tetapi seperti yang aku katakan tadi, sekarang ni aku lebih banyak berfikiran positif. Aku percaya kepada Qada' dan Qadar bahawa setiap perkara ada hikmah. Disebabkan perjalanan yang jauh ini yang memakan masa yang lama dan wang yang banyak akhirnya aku berjaya juga memiliki sebuah motosikal idaman yang aku tak terfikir langsung untuk memilikinya iaitu Kawasaki Er6n. Jadi, Kos untuk atas jalan dapat dikurangkan. Kalau ada rezeki, mungkin Upgrade kot.hehehe. Sekarang ni aku tak nak fikir sangat pasal upgrade-upgrade ni. Pada waktu ini, kami sekeluarga sedang fokus untuk memiliki 1 lagi rumah di Parit raja. Rumah pertama di Kulaijaya telah dibuat sewa. Sayang sebenarnya rumah tu. Walaupun kecil tetapi rasa tenang je. Sekarang ni kami menyewa di Taman Universiti Parit Raja. Keadaan rumah sewa yang tidak sesuai untuk didiami dan didatangi tetamu telah membuat kami sepakat untuk membeli rumah sendiri di Parit Raja. Tetapi malangnya, Rumah di Parit Raja sungguh mahal. Ikutkan hati mahu beli rumah di Taman Saujana Kluang yang mempunyai rumah yang cantik dan size yang besar tetapi bila dibincang sedalam-dalamnya kami terpaksa kuburkan hasrat. Semua tu disebabkan faktor jarak, kos minyak, kos penyelenggaraan kenderaan, keselamatan, anak, dan lain-lain lagi. Jadi, kami setuju untuk membeli rumah di Taman Universiti juga dengan harga yang agak mahal bagi kami tetapi agak murah bagi kawasan itu. Harap berjalan lancar dalam urusan pembelian itu nanti. Buat masa sekarang, aku terpaksa berhenti dengan mengambil gambar-gambar atas sebab kerosakkan pada lens kamera aku. nak beli baru kenalah tunggu duit lebih. jadi buat sementara ini aku hanya buat penceritaan je la. Mungkin selepas ni aku akan update blog ni seminggu sekali. kalu hari-hari bosan pulak aku nak taip. Akhir sekali untuk hari ini, semoga aku dapat bertahan dan menghadapi bidang kerja baru aku ni dengan tabah. dan Semoga keluarga aku, keluarga belah aku dan keluarga belah Isteri aku dilimpahi cahaya kegembiraan dan dirahmati Allah.S.W.T. Assalamualaikum, Azmey azeman.