9/7/2010 : flight kol 10.30pm. punya la penat sbb seharian aku bz kat tempat keje. pastu, keta plak bateri kong. aduyai..mmg nak jadikan cerita tol. tapi takpa, tuk jumpa org tersyg, tak tido seminggu pun takpa...hehehe...(yeke) sampai penang dlm kol 11.30pm...sejam je perjalanan. so, boleh lah tido nyenyak kat hotel. sampai je penang, nampak le muka org tengah rindu aku menunggu di pintu ketibaan penumpang..hahaha...sian die. yelah, lama tak jumpa. takde cerita banyak aku terus gi check in hotel kat hotel sri malaysia. terpakse dok otel sebab takde org nak aku tumpang tido. hafsha plak balik umah kawan die la. tak kan lah nak ajak sekali. kalau dah sah, lain le. pastu aku pun tido lah ngan nyenyak..tido keseorangan di bilik nombor 107.huhuhu
10/7/2010 : yeah, banyak aktiviti yg perlu di setel kan ari ni. mula2 aku amik hafsha kat umah kawan die kol 8am. bawak gi otel tu balik sebab ade breakfast tuk 2 orang. mana leh tak makan, kena makan..rugi wooo.... nak tau makan apa?..kami makan nasi goreng cina ngan telor mata kerbau. hafsha suka sgt plak nasi tu. pelik gak aku.tu je yg ade. takpelah, makan je..pas makan kami pergi ke gurney mall. masa tuk shopping mata...beli tak...huhuhu...simpan duit la katakan. jalan2 sambil masuk satu persatu kedai. yg paling utama masuk kedai jam. nak cr jam pun susah. last2, kami pikir beli kat kl ke lah. pastu masuk plak kedai handphone. tp nasib baik gak la...brother kedai tu punya lah pandai cakap. sampai aku ngan hafsha pun hampir2 nak terbeli. pastu hafsha pun call lah kawan die..harga kat KL lagi murah rupenye. so, tak jadi la beli. kami decide beli kat kl gak la. kat situ takde kedai makan yg biasa. so, nak tak nak ngan perut yang lapar sgt (terutama aku le) aku mencadangkan makan kat chicken rice shop je. pas makan, aku ngan hafsha ade gak terbeli sumting..hehehe....hafsha beli baju, aku pulak mcm biasalah..beli baju kemeja tuk kerja. huhuhu...pastu kami pergi pulak ke queensbay mall. jeng jeng jeng, hafsha nak levis jeans..mmg nak sgt die jeans tu... oklah, aku beli kan sebagai hadiah besday die... walaupun awal sgt, tapi dengan masa yg terhad dan limit, aku beli lah dulu..so, harap die suka la....nak wish, kena tunggu that day ok!. jalan2 kat queensbay tu tak lama sbb hafsha dah sakit kaki. pakai hi-heal. kompomlah sakit. kami pun kuar. pergi mana?...pergi batu feringghi hard rock cafe. 1st time la aku masuk. oklah, mcm best. rasa cm orang kaya plak..hehehe....pastu kami pergi ke padang brown. pergi situ tak lain dan tak bukan adalah untuk makan passembor penang le. passembor rm6.00 makan kongsi berdua (romantik kan), and maggi goreng bersama ngan air soya. sambil makan, sambil sembang2. maklumlah, lama tak jumpa. tak sama bercakap di phone dengan face to face. pastu perut dah kenyang, masa tuk tido le...pas antar hafsha ke rumah die...aku pun pulang ke hotel. tido lagi keseorangan..huhuhu
11/7/2010 : seperti semalam, aku amik hafsha untuk makan breakfast bersama2. elok dah sampai parking hotel, hafsha ternampak pulak sedara mara die. duduk kat hotel yg sama gak. so, kami pun makan le sama2. hafsha pun bila dah jumpa sedara mara mmg sembang lama lah..aku pun amik peluang tuk sambung tido lah..heheeh...dalam pukul 11am, aku ngan hafsha kuar jap tuk setelkan bank2 yang patut. kuar duit, masuk duit, kuar duit, masuk duit...macam tu le aktiviti kami. pas setel suma, dalam pukul 12pm, kami bawak la sedara hafsha tu gi lunch kat restorant kapitan. order nasi briyani ayam dengan ayam tika. okla, diorang pun tak penah makan situ. lepas makan, gi bawak tunjuk gerai nasi kandar 'beratur'. aku tak tau pulak diorang nak sgt makan kat gerai tu. kalau aku tau aku bawak makan situ. gerai tu pulak bukak je. sian diorang..takpe2, next time kita datang situ pulak. flight aku dalam kol 4pm. kol 2am, sampai kat epot. duduk lah kat coffea bean sambil makan apple cake and chicken pie bersama ngan ice blended mocha latte. sambil makan, kami sembang panjang. so, dalam pertemuan tu harap die memahami lah aku ni seorang yg bertanggungjawab. cewah.selepas tu...........aku pun masuk le ke dalam boarding area. hanya mampu melambai2 tangan padanya dengan hati yg berat. apa2 pun terima kasih gak lah, dalam masa yg singkat ni die dapat mengubat ati aku..sebagai bekalan semasa di johor. selamat tinggal sayang.