Monday, July 29, 2013

Tahun ni giliran beraya di Kelantan

Assalamualaikum.

Nampaknya gayanye tahun ni giliran kami beraya di Kelantan. Sebelum berkahwin kami telah membuat 'agreement' bahawa untuk beraya tak kira lah sama ada raya aidilfitri atau aidiladha akan bergilir-gilir. Tahun lepas kami beraya di johor. So Tahun ni beraya pulak di Kelantan.

Alhamdulillah, cuti pun baru je diluluskan. Risau jugak. Tahun ni aku ambil cuti agak lama. Total cuti ialah 8 hari. Pergh, bagi aku lama lah tu. Dulu susah nak cuti sebab terikat dengan PNP. Sekarang ni dah berada di Unit, boleh lah bercuti panjang-panjang.

Sepanjang bulan ramadhan ni, selain dari berpuasa aku juga melakukan kerja sampingan. Aktiviti meniaga secara kecil kecilan. Best wooo. Aku jual sambal goreng ikan bilis, puding, dan kuih Batang Buruk. Takde lah untung banyak tapi aku seronok sangat dapat melakukan aktiviti meniaga ni. Rasanya aku ni memang suka meniaga tapi maklumlah, nak meniaga kena ada modal. Lagipun aku nak tolong-tolong sikit mak aku. jadi adalah sikit duit poket dia untuk behari raya nanti. Sambutan menggalakan. Aku berterima kasih pada mereka-mereka yang membeli. Pesanan aku juga kepada para peniaga, dalam sebuk mencari keuntungan menjual selitkan sedikit niat bersedekah lebih-lebih lagi du bulan ramadhan ni. Insyaallah, tak untung sekarang tapi akan untung kemudian.

Tahun ni aku takde nafsu pulak nak membeli pakaian untuk berhari raya. Tak tau kenapa. Apa yang aku fikir bagi lepas pakaian untuk isteri dan anak. Kalau ikotkan hati tak nak aku membeli ni tapi tak best plak nanti. Lagi satu aku ni memang cerewet sikit nak membeli pakaian ni. Tengok lah nanti kalau terjumpa pakaian yang berkenan di hati, terus aku beli lah.

27/7/2013 merupakan hari ulang tahun kelahiran isteri ku tercinta. Mungkin aku patut minta maaf sebab tak dapat nak meraikan secara 'praivasi'. Kena pulak tarikhnya sama pulak dengan adik aku dan hampir juga tarikh dengan abah aku. Tapi aku berterima kasih jugalah pada die sebab sangat-sangat memahami. (susah wo cari isteri yang memahami terutamanya melibatkan soal keluarga). Mungkin aku tak ber'wish' di FB atau sms dulu. Tapi, setiap sujudku terdetik di hati mendoakan agar sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.'Saya sayang awak'.

Apa-apa pun kami mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan minta ampun dan maaf, zahir mahupun batin.

Papai

Azmey Azeman