Thursday, June 6, 2013

Gambar nikah yang tak siap2..post je lah dulu kat blog ni.

trip to kelantan and perak

31/5/2013 - bertolak ke kelantan untuk menghadiri majlis pertunangan adik ipar. Alhandulillah, perjalanan yang jauh tetapi selamat sampai. Bertolak dari Parit raja lebih kurang jam 10am dan tiba lebih kurang jam 8pm. Seperti biasa, mesti singgah makan di restoran asam pedas di segamat berhampiran dengan mahkamah. Restoran yang menghidangkan makanan tengahari dengan pelbagai lauk pauk yang menyelerakan. Restoran tu buka dari hari isnin hingga jumaat. Pada hari Jumaat, akan tutup pada waktu solat jumaat sahaja. Hari minggu tak buka. Makanannya boleh lah aku katakan lauk ala-ala kampung stail. Pekena pulak tempoyak...pergh!...terliur beb. Wife aku pulak tak makan tempoyak, so, aku jelah yang menikmati sorang-sorang. Lepas makan terus bergerak menuju ke Kelantan.

1/6/2013 - Majlis pertunangan berlangsung pada lebih kurang 10am. Pasangannya orang Tanjung Malim. Aku pula diminta jadi photographer untuk dia. Lama dah aku tak 'angkat' kamera. Mula-mula macam malas pun ada juga tapi bila dah mula ambil gambar, gian tu menjadi-jadi pulak. Trus ada keinginan untuk aktif balik dengan dunia photography ni. Tapi malangnya, peralatan aku ada yang rosak. Bagi orang lain pinjam terus rosak. Itulah bezanya barang yang beli dengan kepayahan dengan barang perolehi tanpa kepayahan. Selama aku pakai punyala jaga sebab tau harganya bukan murah. tapi apa boleh buat. dah jadi. So, target aku nak beli lens (basic pun takpela), dengan speedlight. Body camera model lama, tapi stil lagi boleh pakai.Insyaallah, harap dapat lah beli tapi bukan sekarang. Apa-apa pun, Tahniah lah kepada Aishah dan Khairul

2/6/2013 - Tengahari aku bertolak ke Batu kurau untuk menziarah tok wan, Opah dan terutama Opah Teh sebab baru kehilangan suaminya iaitu tok wan hassan yang telah kembali kerahmatullah pada 28/6/2013. Aku minta maaf sangat-sangat kepada Opah Teh sebab tak dapat menghadiri semasa perkebumian arwah suaminya atas sebab kengkangan yang tak dapat dielakkan. So, kami ambil kesempatan untuk menziarah mereka di kampung. Tapi sebelum bertolak dari kelantan, Tok ayah ariez ajak pergi beli mainan ariez. Dah lama dia nak belikan ariez permainan iaitu motor berkuasa bateri yang menggunakan remote control. Bagi aku mahal lah permainan tu. Aku memang tak mampu. Tapi amat berterima kasih kepada dia. Suka bebenor ariez. Sampai lupa diri naik permainan tu. Tapi pesanan tuk ariez, jangan terbiasa meminta-minta. Belajar susah dulu baru pandai nak berdikari.Ok, berbalik kepada perjalanan dari kelantan ke perak. Aku terlupa rupanya hari tu adalah musim cuti sekolah. Apalagi, punyalah banyak kereta. Kalau orang jenis tak sabar bawak kereta mesti dah marah-marah. Tapi alhamdulillah, aku takda perangai macam tu. Tak suka nak marah-marah nanti perjalanan jadi tak seronok. Bawak kereta nanto boleh jadi beremosi dan merbahaya. So, cool kan aje lah. Kami sampai agak lewat di kampung. tapi, sebelum tu ada cerita sikit. hahaha.Kami kelaparan. aku pun berhenti lah restoran di kemunting. Aku order 1 nasi goreng dan 3 mee goreng. Masa die tengah masak, aku pun leka tengok die masak. Nak dijadikan cerita, aku ternampak perbuatan yang aku terkejut. Masa tengah masak mee goreng aku, pekerja dia boleh hembus hinggus pastu tak basuh tangan. aku punyalah, geli. Masa tu aku dah blur. Kemudian, aku pikir aku nak blah. Aku jalan perlahan-lahan ke kereta kemudian trus masuk dan pecut. hahaha.. Kemudian beli di kedai lain. hahaha.....spoil betul...nasib baik aku nampak. kalau tak anak bini aku makan 'hasil' die. adui...


1/6/2013 - Kami bertolak tengahari ke johor. Mula-mula singgah di medan selera taiping. Kami beli popia basah ella. Harganya lebih kurang rm3 (5 keping) Masa nak beli tu, terserempak pula dengan bekas ketua jabatan aku yang lama. boleh view balik cerita-cerita aku yang lepas. Nak buat sombong tak boleh. Tu bukan cara aku. Cara aku nampak kurang ajar tetapi sebenarnya berlapik lagi dengan sopan santun. hahaha...Jadi buat je lah tak tau. bertegur sapa. Kene profesional lah. Kempunan aku nak makan Cendol Bismillah dengan rojak. Takpelah, next time kalau ada rezeki. Kami gerak terus. Alhamdulillah, jalan tak sesak cuma wak tu tiba di Sungai buluh, jam menunjukkan waktu habis pejabat. Jalan agak sesak sikit tapi kami berhenti kejap di RnR Sungai buloh. Berehat dan mengisi perut sedikit sebelum meneruskan lagi perjalanan. Kami tiba di rumah kami lebih kurang jam 11pm. Letih tu jangan cakap la tapi aku suka. Memang aku aku berjalan-jalan walaupun hanya di dalam kereta.


2/6/2013 - bermula lah kegiatan seperti hari-hari biasa. Bangun seawal 5.30. Panaskan enjin motor. Pukul 6.30 bertolak ke Politeknik. Memang letih gila.






Azmeyazeman