16 hari dari 2/10/2011 until 18/10/2011 aku kena hadiri kursus KIPA (Kursus Pendidikan Andragogi) di IAB (Institut Aminuddin Baki) di Genting Highland. Dalam masa tu juga bermacam-macam hal berlaku. Sebelum pergi kursus pun banyak hal, tengah masa kursus pun banyak hal dan lepas kursus pun ade hal.
Start dr sebelum kursus. wife aku tgh sarat mengandung. ikutkan due nye klu ikutkan buku merah dalam 24/10/2011. tapi yelah, tak kan nak tinggalkan dia berseorangan di rumah. lagi satu masalah, dia terpaksa drive ke UTHM di Air Itam selama lebih kurang 1 1/2 jam perjalanan. Mananye aku tak risau. Tetapi, dalam masa yg sama gak wife aku ni degil skit. terlampau komitmen ngan kerja. kalau dah kerja tu memang payah nak berhenti (positifnya, bagus kalau mcm tu) tapi mengenangkan dia berbadan 2, tak sampai hati nak biar kan dia mcm tu. Dalam hati ada gak terdetik, kalau lah boleh tukar2 perut dah lama aku buat buat. tapi apa kan daya tetap mcm tu gak. 3 hari sebelum aku berkursus, mmg dalam sejarah aku lawan emosi. bermacam-macam emosi bergaul dalam diri. Marah, bengang, sedih, risau, takut macam2 lah emosi2 negatif bermain dlm diri. tapi aku seperti biasa kalau aku betul2 resah aku akan diam dan tido untuk kawal perasaan amarah. Bukan senang nak handle perasan mcm tu. tp aku berjaya atasi sebab mengenangkan kesiannya aku pada isteri aku. kena plak, yg buat aku agak terkilan, doktor2 swasta mempertikaikan masalah aku. aku hanya mahukan doktor mengeluarkan surat supaya isteri aku dapat cuti awal(isteri aku tak tetap lagi, so cuti takde) tapi boleh plak die bgtau itu adalah masalah aku. Aku sebagai pendidik rasa sedih lah. student yang hanya sakit skit tapi senang je dapat MC. isteri aku kiranya dah kritikal boleh die persoalkan kesihatan isteri aku. memang aku terkilan sangat dengan doktor (terutama doktor melayu yang personaliti luaran seperti alim sangat). Nak jadi kan cerita, kak sarah beritahu satu berita yang buat hati aku senang sgt. Menyuruh kami pergi ke segamat (perjalanan lebih kurang 2 1/2 jam dari kulai) untuk berjumpa dengan doktor (kalau tak silap nama nye Arivan?. nama nye pun kita tau bukan muslim. tapi aku puas hati sgt. thanks a lot man!walaupun perjalanan jauh tapi aku rasa senang hati. Persoalannya, mengapa orang kita sendiri tidak mahu menolong orang yang betul betul memerlukan pertolongan. Bukan nya sakit main-main. Sedangkan, bangsa lain pula boleh beri perkhidmatan yang betul-betul kelas A. Semenjak itu aku ada satu pandangan sinis dengan doktor-doktor yang nampak alim luaran tapi sombong sama sekali. Kenyataan ini bukan hendak mengutuk atau membandingkan sebarangan tapi hakikatnya itu lah keadaan sebenar yang aku alami bersama isteri aku. Alhamdullilah, dia diberi cuti selama seminggu. 2 hari sebelum bertolak pergi kursus, kami pun bertolak ke kota bharu menggunakan Kenari. Dalam hati ada sedikit kegusaran sebab dah lama Kenari tak dibawa perjalanan jauh. Apa2 pun tawakal lah dengan harapan perjalanan dalam keadaan selamat. Tapi sebelum tu hafsha masih lagi mahu pergi ke tempat kerjanya (mcm yg aku katakan, die terlalu komitmen dgn kerja). lebih kurang pukul 3pm baru gerak. alhamdulillah, selamat sampai ke Kota Bharu lebih kurang 1-2am. Keesokkan hari aku pula flight ke Kuala Lumpur kemudian ke Senai (sampai senai agak lewat sebab flight delay dari KL lebih kurang 2jam). Hari ahad pagi-pagi lagi aku hantar kereta gen2 ke rumah abah. Member Office datang amik aku. so, dalam keadaan letih aku drive sampai ke IAB Genting Highland. ( Letih mcm mana pun aku suka bawa kereta dari orang lain)
semasa berkursus: Apabila sampai je di IAB, ada 2 perasaan berada dalam diri. pertama, risau, kedua, seronok. aku citer yang pertama dulu. perasaan pertama adalah risau. kenapa risau? aku sebagai suami, dan juga pertama kali menjadi papa mesti lah aku risau teramat sangat dengan isteri aku. setiap hari aku akan tanya khabar dia. Memang aku teringin sgt nak berada di sisi die di waktu die bersalin. Hanya itu je aku boleh buat untuk bagi die sokongan. dan sebab lain juga, aku nak rasai suasana menyambut baby (mungkin dengan itu aku akan makin sayang pada mamanya dan baby. Dan aku akan lebih menghargai pergorbanan isteri. Statistik menyatakan, suami yang tidak bersama dengan isterinya waktu isterinya bersalin akan kurang mempunyai perasaan bertanggungjawab terhadap keluarga. Oleh demikian, aku tak nak hanya menimang baby malah aku ingin rasa suasana menyambut baby. Bagi perasaan kedua pula adalah seronok. Aku seronok sebab aku dapat hadiri kursus penting yang melibatkan masa depan aku. Bukan senang nak hadiri Kursus ini sebab ia adalah syarat untuk kenaikan pangkat. Dan aku juga tak nafikan, bila berkursus aku akan terputus dengan dunia kerja di Politeknik sementara waktu. Jadi, di waktu ini lah aku akan dapat muhasabah diri dalam memikirkan penganjaran aku kepada pelajar aku di Politeknik. Semasa berkursus ni yang aku paling tak suka adalah mendengar kuliah dari pukul 8am sampai pukul 4.30 kadang2 6.30. Otak jadi tepu. di tambah pula dengan 2 tugasan(assignment secara individu dengan presentation dalam group) Di tambah lagi dengan Exam pada hari akhir. Bayangkan lah betapa tepunya otak dibuatnya. Rasanya kalau dibuatnya kursus berbulan2 boleh muntah agaknya.
selepas kursus: satu perasaan yang tak dapat aku jelas kan. Cuma boleh nyatakan teruja dan gemuruh. selepas 16 hari berkursus, Aku dapat rasakan makin hampir aku akan menjadi bapa. sekarang aku berada di LCCT dari pukul 2pm. flight aku dalam pukul 9.50pm. harap, semuanya selamat.