30/12/09 - pindah barang ke parit buntar dan taiping. pergh!, penat nak mampus. ingat kan barang aku skit. banyak juga rupanye. barang yg hantar ke parit buntar dah ok. sebab hantar pakai lori. barang yg nak bawak dengan kereta sendri seksa nak mampos. penat wooo... nasib baik ade hafsha. kalau tak kompom aku tergolek sorang2. tapi dlm proses perpindahan tu rupanya ramai gak jiran2 tgk. tgk je. bukan nak tolong pun.
31/12/09 - dr pukul 3am aku mengemas sorang2.aku pun tak tau kenapa leh aku nak kemas waktu tu. aku tak boleh tido. so, amik keputusan aku pun buat lah mana yang patut. cuci lantai, cuci bilik air, cuci dapor, cuci bilik, cuci tingkapn etc. pagi tu sempat lah aku amik hafsha gi brekfes. mkn nasi lemak ngan roti jala. petang tu gi lah buat apa2 yang patut. aku ngan hafsha decide nak buat suplementary (betol ke aku eje?) phone line. so, senang lah nak berhubung dr jarak jauh. heheehe. owner rumah pun dh dtg. dapat lah balik deposit rumah rm400..tapi die hutang ngan aku rm200 plak untuk deposit api ngan air. kalau tak aku dapat total rm600 woo! takpelah, die kata nanti die bank in kan (bila lah agak2nye tu). masa aku loading barang2 dlm keta, aku ade sikit perasaan malu gak ngan hafsha..hehehe..mula2 aku tak bg die bawak keta dtg sorang2. yelah, banyak2 keta nanti nakbalik parit buntar kena asing2. tp, rupa2nye berguna gak dua keta. keta aku tak cukup! penuh gila. so, keta die gak kena masuk barang2. selesai semua urusan, aku pun gerak lah ke kampung taiping. tido lah kat sana semalaman.
1/1/10 - selamat tahun baru!selamat tinggal 2009! selamat dtg 2010! tapi tahun baru ni aku tak sedar pun. sbb aku tido mati. kepenatan masa mengemas rumah. jadi tahun baru berlalu begitu saje tanpa sedikit rasa teruja untuk melihat bunga api atau suasana riuh rendah diluar sana. aku mengemas pagi untuk preparation bertolak ke kl ari ni. mula2 nak gerak pagi, tapi ada perkara yg hafsha perlu selesai kan dan aku pun kena pujuk tok wan aku gerak lepas solat jumaat. selepas solat jumaat, aku bergegas packing barang. boleh chow ngan cepat. sebelom banyak pujuk rayu yg boleh melewatkan aku, trus aku gerak amik hafsha dulu. kawan die pun nak tumpang gak. perjalanan suma ok. kenderaan banyak lah skit kat highway. aku pun bawak leh tahan laju gak sbb keja masa tuk sampai senawang. lagi pun kuarga hafsha tunggu. nak makan sate kata nye. sampai senawang dlm pukul 9. bawak lah parents die gi makan sate kajang. kesian, lapar sgt mereka. makan laju. pastu..ehem2...soklan2 maut telah menerjah telinga aku. aku sebenarnya otak blur sbb letih sgt2. tapi aku cuba lah jawab ngan tenang. tarik nafas ..turun nafas nak pikir jawapan yg elok. alhamdulillah, keluar je ayat2 manis dr mulut aku.hehehe. balik rumah pun sambung lagi soklan2 maut. apa nak buat, dah kena soal..jawap jelah. pastu ingat kan boleh tido, tapi aku tak boleh tido plak...sbb minum kopi. sembang lah sampaikol 2am. akhirnya tido gak....
2/1/10 - pagi2 aku bangun dah. tapi dok je lah dlm bilik sbb malu. tapi aktiviti banyak. mula2 aku hantar parents die gi epot lcc kat sepang. lepas dah antar, kami buat plan tuk pergi melaka. saja jalan2. masuk2 melaka punya lah pening..pening tak tau jalan, pastu keta banyak. ari ujan plak. tapi dapat lah gi sebahagian tempat untuk dilawati. mula2 gi muzium. ala..yg kapal besar tu.. masuk tiket rm3. kena bukak kasot plak. dah lah ari ujan..suma yg dtg bukak kasut..pergh..bau mcm gampang!. pas tu kami jalan2 lah kat sekeliling. bli2 makanan skit2. nak naik bot tak boleh plak sbb masa suntuk. takpe, nanti kita plan lain ari. mmg kena bawak kamera power kalau ke melaka. kali ni aku tak bawak kamera plak. sayang gile. pakai kamera pun hp punya. tp perkara yg aku tak leh lupa adalah masa waktu makan. kami makan kat satu tempat behampiran ngan muzium gak tapi tak tau nama kedai tu apa. aku order set asam pedas tetel (daging dan lemak) hafsha plak order set asam pedas ikan kembong.melaka mmg terkenal ngan asam pedasnya tapi ari tu telah memberi satu tanggapan buruk pada kami ttg asam pedas melaka. tak sedap langsung!!.nak buat cmmana, terpakse makan sbb lapar. mmg tak nak makan situ lagi dah...set asam pedas berharga rm6. air die pun tak sedap..huhuhu. masa tuk antar hafsha balik. tapi die balik ngan kakna, die tunggu kat tol air keroh. selepas tu aku terus kan perjalanan ke balakong, umah abang aku. alhamdulillah...sampai gak. dan aku sembang lama ttg kuarga....kol 12am baru dapat tido..
azmeyazeman